Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA) adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya
kepada pelajar dan staf sejajar dengan
Pelan Strategik UMK 2021 – 2025 di bawah Teras Pertama iaitu Keunggulan Pelajar yang berperanan dalam melahirkan gradúan
yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak industri dan majikan.

 

SEKSYEN DANA DAN DATA KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Perkhidmatan Kerjaya yang disediakan adalah dengan menyediakan pelbagai program berbentuk reskilling dan upskilling di bawah dana Kementerian

Pendidikan Tinggi bagi mendapatkan Pensijilan Professional sebagai nilai tambah kepada pelajar dan graduan selaras dengan keperluan

pekerjaan semasa pada masa kini.

 

SEKSYEN KAUNSELING DAN KERJAYA PELAJAR
Perkhidmatan kaunseling adalah dikendalikan oleh kanselor bertauliah dan telah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia secara professional

boleh pengendalian bimbingan dan kaunseling secara beretika. Perkhidmatan ini disediakan kepada semua pelajar sama ada secara sukarela

atau rujukan oleh pihak-pihak tertentu. Perkhidmatan Bimbingan kepada pelajar turut akan dibantu oleh pelajar-pelajar kanan yang dilatih

melalui Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS UMK). 

Kerahsiaan adalah merupakan landasan yang menghubungkan kepercayaan antara kaunselorcdan klien dalam memberikan perkhidmatan kaunseling

yang terbaik dan berkesan. Oleh itu, perkhidmatan kaunseling adalah berdasarkan Akta Kaunselor 1998 dan Garis Panduan Kod. Etika Kaunselor yang

ditetapkan dalam profesion kaunseling di Malaysia. Perkhidmatan Program Kaunseling;
o Program Perkembangan Diri
o Program Pencegahan
o Program Intervensi
o Program Kesihatan Mental
o Penyebaran Maklumat melalui Ceramah/ Aktiviti dan lain lain
o Perkhidmatan Program Komuniti

 

SEKSYEN JARINGAN ALUMNI
Seksyen ini berperanan sebagai badan perhubungan Universiti yang bekerjasama dengan Persatuan Alumni UMK bagi membina

hubungan dua hala yang berterusan demi kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu para alumni dan UMK sebagai alma mater.