PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Pusat Kesihatan Universiti telah diwujudkan di ketiga-tiga Kampus UMK bagi memberikan rawatan perubatan kepada para pelajar.
Masa Perkhidmatan :
Ahad sehingga Rabu : 8:00 pagi – 5:00 petang
Khamis : 8:00 pagi – 3:30 petang
Waktu Rehat : 1:00 petang – 2:00 petang
Kemudahan Rawatan Perubatan
• Rawatan Pesakit Luar
• Rawatan Kes Kecemasan
• Rawatan Pergigian
• Kesihatan Awam
Selain rawatan, pihak Universiti juga menyediakan perkhidmatan tunggu sedia/ stand-by untuk aktiviti atau program yang melibatkan pelajar, pemeriksaan kebersihan kafeteria, pinjaman peti kecemasan dan bekalan ubat- ubatan kepada pelajar yang menjalani aktiviti di luar kampus. Ini semua bagi memastikan pelajar mendapat manfaat perubatan secara optimum.