Aktiviti/program kebudayaan yang dianjurkan atau disertai oleh mahasiswa melibatkan pertandingan di peringkat Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia (MAKUM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Universiti Awam dan swasta, Persatuan / Kelab Kebudayaan, Syarikat Swasta dan Badan bukan kerajaan. Aktiviti kesenian dan kebudayaan utama yang disediakan oleh UMK adalah:
- Dikir Barat
- Tarian (Cina, India, Melayu, Suku kaum)
- Nyanyian
- Teater
- Puisi/Sajak/Pantun
- Nasyid
- Band
- Makyong
- Gamelan
- Muzik Tradisional