TATATERTIB
Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar bertanggungjawab dalam menguruskan tatatertib pelajar mengikut peraturan dan kaedah tatatertib pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
TATATERTIB PELAJAR
- Menguruskan proses pelantikan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.
- Meneliti laporan kes tatatertib yang diterima dan memastikan laporan tersebut lengkap.
- Menguruskan proses pendakwaan kes tatatertib pelajar.
- Menguruskan prosiding tatatertib pelajar (Akademik dan Bukan Akademik) selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009.
- Menguruskan proses hukuman tatatertib pelajar.
- Menguruskan proses rayuan tatatertib pelajar.
- Patuh kepada etika pemakaian. (Rujuk Lampiran Peraturan dan Tatacara).
HUKUMAN TATATERTIB
Merujuk kepada Kaedah 49, Bahagian V (Tatacara Tatatertib), Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009, seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah- Kaedah ini dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut:
- Amaran;
- Denda tidak melebihi satu ratus ringgit;
- Dilarang berada atau memasuki mana-mana bahagian atau bahagian- bahagian tertentu Universiti bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan;
- Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
- Dipecat daripada Universiti.