KEBAJIKAN PELAJAR
Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
KEBAJIKAN
Kebajikan pelajar UMK meliputi perkara seperti berikut:
- Menguruskan permohonan biasiswa/ tajaan dan pinjaman seperti PTPTN/ JPA/ Yayasan Negeri.
- Menguruskan Surat Jaminan Tanggungan Bayaran Rawatan Pelajar di Hospital Kerajaan/ Hospital Universiti (Guarantee Letter) serta pembayaran bil hospital dan tuntutan caj rawatan pelajar.
- Menguruskan pelantikan Skim Pelajar Bekerja.
- Menguruskan Permohonan Pinjaman Jangka Pendek.
- Menyediakan Surat Pengesahan Tajaan Pelajar.
- Menguruskan Bantuan Kewangan Pelajar termasuk wang sara diri dan tuntutan yuran Pelajar Kelainan Upaya (OKU).
- Menguruskan caruman dan tuntutan insuran berkelompok pelajar Pra Siswazah Tempatan.
- Menguruskan Skim Khairat Kematian dan Kemalangan Pelajar/ Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/ Anak.
- Bantuan Musibah (Bencana Alam/ Kecurian/ Kebakaran).
- Program Food Bank Siswa.
Maklumat Perlindungan Insuran Etiqa General Takaful Berhad bagi Pelajar Pra Siswazah Tempatan dan Antarabangsa