Seksyen Tatatertib & Kebajikan

SEKSYEN TATATERTIB & KEBAJIKAN

Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan pelajar dan tatatertib pelajar mengikut peraturan dan kaedah tatatertib pelajar pelajar Universiti Malaysia Kelantan.

TATATERTIB PELAJAR

  • Menguruskan proses pelantikan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.
  • Meneliti laporan kes tatatertib yang diterima dan memastikan laporan tersebut lengkap.
  • Menguruskan proses pendakwaan kes tatatertib pelajar.
  • Menguruskan prosiding tatatertib pelajar (Akademik dan Bukan Akademik) selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009.
  • Menguruskan proses hukuman tatatertib pelajar.
  • Menguruskan proses rayuan tatatertib pelajar.
  • Patuh kepada etika pemakaian. (Rujuk Lampiran Peraturan dan Tatacara).

HUKUMAN TATATERTIB

Merujuk kepada Kaedah 49, Bahagian V (Tatacara Tatatertib), Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009, seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah- Kaedah ini dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut:

  • Amaran;
  • Denda tidak melebihi satu ratus ringgit;
  • Dilarang berada atau memasuki mana-mana bahagian atau bahagian- bahagian tertentu Universiti bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan;
  • Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
  • Dipecat daripada Universiti.

KEBAJIKAN

Kebajikan pelajar UMK meliputi perkara seperti berikut:

  • Menguruskan permohonan biasiswa/ tajaan dan pinjaman seperti PTPTN/ JPA/ Yayasan Negeri.
  • Menguruskan Surat Jaminan Tanggungan Bayaran Rawatan Pelajar di Hospital Kerajaan/ Hospital Universiti (Guarantee Letter) serta pembayaran bil hospital dan tuntutan caj rawatan pelajar.
  • Menguruskan pelantikan Skim Pelajar Bekerja.
  • Menguruskan Permohonan Pinjaman Jangka Pendek.
  • Menyediakan Surat Pengesahan Tajaan Pelajar.
  • Menguruskan Bantuan Kewangan Pelajar termasuk wang sara diri dan tuntutan yuran Pelajar Kelainan Upaya (OKU).
  • Menguruskan caruman dan tuntutan insuran berkelompok pelajar Pra Siswazah Tempatan.
  • Menguruskan Skim Khairat Kematian dan Kemalangan Pelajar/ Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/ Anak.
  • Menguruskan Bantuan Khas Pelajar Mengikuti Latihan Industri (BKPLI).

Maklumat Perlindungan Insuran Takaful Malaysia Am Berhad bagi Pelajar Pra Siswazah Tempatan

BIL

SKOP PERLINDUNGAN

JUMLAH MANFAAT

1

Kematian Biasa/ Penyakit

RM7,000.00

2

Kematian (Kemalangan)

RM15,000.00

3

Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa/ Penyakit)

RM7,000.00

4

Keilatan Kekal (Kemalangan)

RM15,000.00

5

Keilatan Separa Kekal Seluruh Tubuh Badan

RM7,000.00 (Biasa)

RM15,000.00 (Kemalangan)

6

Perbelanjaan Perubatan (Kemalangan)

RM750.00

7

Elaun Wad Hospital (Penyakit)

-

8

Elaun Wad Hospital (Kemalangan)

RM450.00

9

Perbelanjaan Pengebumian Jenazah

RM500.00

10

Perbelanjaan Penghantaran Pulang Jenazah

RM500.00

11

Yuran Ambulans (Disebabkan Kemalangan)

RM200.00

12

Kemalangan disebabkan Kebakaran

RM250.00

13

Dengue Recuperation

RM 750.00

14

Rape Trauma

RM250.00

15

Snatch Theft Injury

RM250.00