Seksyen Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling yang dikendalikan adalah secara sukarela daripada mahasiswa dan juga secara rujukan oleh pihak tertentu. Perkhidmatan kaunseling yang disediakan adalah:

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kerjaya
  • Bimbingan dan Pembangunan Kendiri
  • Kendalian Ujian Psikologi

Kerahsiaan adalah landasan yang menghubungkan kepercayaan kaunselor-klien dalam memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik dan berkesan, Oleh itu, perkhidmatan kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Akta Kaunselor 1998 dan garis panduan Kod Etika Kaunselor yang ditetapkan di dalam profesion kaunseling di Malaysia bagi melaksanakan tugas secara profesional dan beramanah oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.