MENGENAI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

 

Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni diterajui oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang diketuai oleh Ketua Pentadbir HEPA. Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terdiri dari lima entiti bertaraf Unit dan tiga entiti bertaraf Pusat. Lima unit berkenaan ialah:

 

  1. Unit Pentadbiran dan Kewangan
  2. Unit Aktiviti dan Pembangunan Pelajar
  3. Unit Tatatertib dan Kebajikan Pelajar
  4. Unit Perumahan Pelajar
  5. Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni

 

Manakala tiga entiti bertaraf pusat terdiri dari:

  1. Pusat Kesihatan Universiti
  2. Pusat Ko-kurikulum yang terdiri dari Unit Sukan, Unit Kebudayaan dan Unit Ko-kurikulum Berkredit
  3. Pusat Transformasi Komuniti Universiti

 

Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berperanan dalam menguruskan aktiviti berkaitan dengan pembangunan pelajar dan perkhidmatan kepada pelajar.  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dibantu oleh barisan pengetua dan felo untuk memastikan peningkatan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar di kolej kediaman adalah holistik dan seimbang.

Please publish modules in offcanvas position.