Persembahan Kebudayaan Kelantan di Universiti Yala Rajabhat, Thailand

 

19 Ogos 2018 - Kumpulan Le’Waris dibawah seliaan Unit Kebudayaan telah dijemput untuk mengadakan persembahan kebudayaan Kelantan di Universiti Yala Rajabhat, Thailand sempena YRU Academic Fair 2018. Seramai 9 orang pelajar dan seorang staff telah mewakili Universiti Malaysia Kelantan bagi menjayakan program ini.
Ini merupakan tahun keempat Le’Waris menerima jemputan dari pihak YRU untuk menjayakan program ini. Sebanyak 5 tarian telah dipersembahkan oleh Le’Waris semasa program tersebut dijalankan.
Le’Waris telah berjaya memukau 1000 orang penonton yang menonton persembahan ini. Selain persemabahan Le’Waris terdapat juga beberapa buah kumpulan dari YRU dan sekolah di sekitar Yala telah mengadakan persembahan kebudayaan masing-masing.
Program ini sangat bermakna bagi Unit Kebudayaan kerana dapat berkongsi dan bertukar idea dalam bidang seni budaya antara kedua-dua negara. Selain itu juga dapat menaikkan nama Uinversiti Malaysia Kelantan ke peringkat antrabangsa.
Persembahan ini disaksikan oleh Presiden YRU iaitu Prof. Dr. Sombat Yotathip dan juga Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan...

Please publish modules in offcanvas position.