Pusat Ko-kurikulum (Unit Sukan, Unit Kebudayaan dan Unit Ko-kurikulum Berkredit)
Pengenalan
Pusat Ko-Kurikulum, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (sebelum ini Unit Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum) telah mula beroperasi di UMK pada Julai 2007. Pusat ini berperanan untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap melalui program sukan dan rekreasi, kebudayaan, kokurikulum secara berterusan berlandaskan pembelajaran serta penerapan nilai kemahiran insaniah bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek akademik dan bukan akademik.
Fungsi Utama
Pengurusan, pengembangan bakat dan pembangunan kemahiran insaniah melalui aktiviti/program kokurikulum berkredit, badan beruniform, sukan dan kebudayaan.
Bahagian Pentadbiran/ Pengurusan Ko-Kurikulum Berkredit dan Badan Beruniform
- Pentadbiran Am
- Pengurusan Kursus Ko-Kurikulum Berkredit (KKB)
- Pengurusan Am Badan Beruniform
Bahagian Sukan
- Pengurusan bakat
- Pengurusan aktiviti – luaran dan dalaman
- Pengurusan kemudahan
- Pengurusan kewangan/peruntukan
Bahagian Kebudayaan
- Pengurusan bakat
- Pengurusan aktiviti – luaran dan dalaman
- Pengurusan kemudahan
- Pengurusan kewangan/peruntukan
Piagam Pelanggan
- Memberi peluang kepada pelajar UMK melibatkan diri dalam kegiatan badan beruniform, kebudayaan, sukan, khidmat komuniti, kesukarelawanan, pengucapan awam, keusahawanan, kepimpinan, daya usaha dan inovasi melalui kokurikulum berkredit dan tidak berkredit.
- Memberi khidmat nasihat, pendedahan dan bimbingan kepada pelajar bagi penganjuran program di peringkat dalam dan luar universiti.
- Memberi latihan dan mengetengahkan bakat pelajar bagi mewakili UMK dalam pertandingan dan kejohanan antara universiti dan peringkat yang lebih tinggi.
- Menyediakan tenaga pengajar dan jurulatih yang berkelayakan, berkemahiran dan berpengalaman.
- Memberi maklum balas terhadap tempahan fasiliti dan pinjaman peralatan sukan, kebudayaan dan lain-lain dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
- Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra, cekap dan tepat kepada pelanggan.
Direktori
Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada:
Pusat Kokurikulum
Kokurikulum Berkredit/ Uniform: 09-7717034
Bahagian Sukan: 09-771 7033
Bahagian Kebudayaan: 09-771 7097
Faks: 09-7717262
KOKURIKULUM BERKREDIT
Pengenalan
Fokus utama di dalam pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di Universiti Malaysia Kelantan adalah untuk menghasilkan bakal graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan dan mampu menghadapi persekitaran kehidupan dan pasaran kerja yang semakin kompetitif kini. Setiap kursus yang ditawarkan berteraskan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan mempunyai fokus kemahiran insaniah yang diperlukan.
Ianya cuba dicapai melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran samada secara teori dan amali. Pembelajaran melalui pengalaman (Experiantal Learning) berasaskan (problem based learning) dijadikan asas yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus kokurikulum berkredit. Sehubungan dengan itu, kursus kokurikulum disusun dan diselaraskan dalam bentuk yang berstruktur dan lebih komprehensif sepertimana kursus-kursus akademik yang ditawarkan di peringkat fakulti.
Justeru, Kursus Kokurikulum Berkredit di Universiti Malaysia Kelantan merupakan kursus wajib universiti yang perlu dikuti oleh setiap pelajar yang mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Kelantan. Kursus ini wajib diambil oleh setiap pelajar pada setiap semester pada tahun pertama pengajian di Universiti Malaysia Kelantan.
Falsafah
Falsafah pendidikan Kursus Kokurikulum Berkredit di Universiti Malaysia Kelantan berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang berfokus kemahiran Insaniah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan berupaya memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
Objektif
- Menerapkan kemahiran Insaniah di kalangan mahasiswa UMK.
- Menyuburkan potensi diri mahasiswa sama ada dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
- Menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap kepada kitaran sosial semasa berada di universiti mahupun setelah bergraduat.
- Membimbing para pelajar berdikari dan mempunyai ciri kepimpinan serta semangat keyakinan diri.
- Menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai satu kaedah untuk pelajar berinteraksi dan integrasi antara etnik.
- Menerapkan budaya dan gaya hidup sihat.
PENAWARAN KURSUS KO-KURIKULUM BERKREDIT
Kursus-kursus ko-kurikulum berkredit di UMK ditawarkan dalam lima (5) komponen utama, iaitu:
- Sukan
- Uniform
- Seni Persembahan
- Pengurusan dan Keterampilan Diri
- Daya Usaha dan Inovasi
- Sukan
Bil. |
Nama Kursus |
Kod Kursus |
Jam Kredit |
1 |
BOLA JARING |
UKS1011 |
1 |
2 |
BOLA SEPAK |
UKS1021 |
1 |
3 |
BOLA TAMPAR |
UKS1031 |
1 |
4 |
BADMINTON |
UKS1041 |
1 |
5 |
BOLA BALING |
UKS1051 |
1 |
6 |
BOLA LISUT |
UKS1061 |
1 |
7 |
GOLF |
UKS1071 |
1 |
8 |
TENIS |
UKS1081 |
1 |
- Uniform
Bil. |
Nama Kursus |
Kod Kursus |
Jam Kredit |
1 |
BULAN SABIT MERAH |
UKU1011 |
1 |
2 |
PENGAKAP |
UKU1021 |
1 |
3 |
PERTAHANAN AWAM (APM) |
UKU1031 |
1 |
4 |
WATANIAH |
UKU1041 |
1 |
5 |
SUKSIS |
UKV1012 |
2 |
6 |
PALAPES TENTERA LAUT |
UKV1022 |
2 |
- Seni Persembahan
Bil. |
Nama Kursus |
Kod Kursus |
Jam Kredit |
1 |
GAMELAN |
UKP1011 |
1 |
2 |
KOIR |
UKP1021 |
1 |
3 |
TARIAN TRADISIONAL |
UKP1031 |
1 |
4 |
TEATER |
UKP1041 |
1 |
- Pengurusan dan Keterampilan Diri
Bil. |
Nama Kursus |
Kod Kursus |
Jam Kredit |
1 |
PENGURUSAN ORGANISASI |
UKD1011 |
1 |
2 |
PENGUCAPAN AWAM |
UKD1021 |
1 |
3 |
KEPIMPINAN DAN MOTIVASI |
UKD1031 |
1 |
- Daya Usaha dan Inovasi
Bil. |
Nama Kursus |
Kod Kursus |
Jam Kredit |
1 |
REKABENTUK WEBLOG |
UKI1011 |
1 |
2 |
FOTOGRAFI |
UKI1021 |
1 |
Nota : *Tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa. (sila rujuk Pusat Ko-Kurikulum)
STATISTIK
(i) Bilangan pelajar kursus ko-kurikulum berkredit mengikut teras Semester Februari Sesi 2017/2018
UNIT UNIFORM |
SINGKATAN |
BILANGAN |
Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi |
Kor SUKSIS |
191 |
Pasukan Siswa APM |
PSAPM |
70 |
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan |
PALAPES (L) |
60 |
Bulan SabIt Merah Malaysia |
BSMM |
48 |
Pasukan Askar Wataniah |
Wataniah |
198 |
JUMLAH |
567 orang |
(ii) Bilangan pegawai kadet badan beruniform Semester Februari Sesi 2017/2018
(ii) Bilangan pegawai kadet badan beruniform mengikut kampus Semester Februari Sesi 2017/2018