Berita Terkini - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan
Berita Terkini

Berita Terkini (17)

PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK HIDAP KANSER LIMFOMA MENINGGAL DUNIA KEHILANGAN KEPADA UMK

Wednesday, 01 January 2020 12:19 Written by

PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK HIDAP KANSER LIMFOMA MENINGGAL DUNIA KEHILANGAN KEPADA UMK

 
SUNGAI PETANI 31 Disember I Pelajar Tahun Dua, Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina Dengan Kepujian, Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE), Allahyarham Muhammad Zulhusni Abdur Wahab, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah, pada jam 10.00 pagi, pada 31 Disember 2019.
 
Allahyarham Muhammad Zulhusni yang menghidap penyakit Kanser Limfoma tahap empat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, kira-kira jam 5.00 petang.
Suasana sedih dan hiba mengiringi majlis pengebumian yang dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan kenalan yang hadir. Allahyarham adalah anak tunggal kepada, En. Abdur Wahab Abdul Rahman, 50, dan Puan Fadzillah Shariff, 53.
 
Menurut Pn. Fadzillah, Allahyarham dirujuk di HSAH selepas mengalami demam dan batuk ketika pulang bercuti dari UMK sempena Minggu Ulangkaji, baru-baru ini. 
 
Katanya, arwah mengadu tidak sihat sejak awal November lalu dan keadaannya bertambah serius selepas demam dan batuk serta mengalami muntah darah akibat kesan kanser yang dialaminya 
"Sebelum ini, beberapa kali arwah ada menyebut untuk menghabiskan pengajiannya untuk sesi semester tahun ini  walaupun terpaksa menahan kesakitan yang dialami. Arwah juga menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian lebih tinggi di peringkat Ijazah Sarjana kerana arwah bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek,” katanya.
Pn. Fadzillah yang masih hiba dengan pemergian Muhammad Zulhusni redha dengan ketentuan Illahi walaupun arwah adalah satu-satunya anak tunggal yang menjadi harapan selama ini. Namun, beliau tabah dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya selain memberi sokongan moral dan sumbangan wang ringgit.
Katanya, Allahyarham adalah seorang yang rajin dan bergiat aktif di dalam kelab dan persatuan Ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK.
Sementara itu, pihak pengurusan FAE yang diwakili oleh Dekannya,  Dr. Shardy Abdullah turut menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Zulhusni serta menyampaikan sedikit sumbangan dari FAE.
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Misi Bantuan Pasca Banjir

Sunday, 22 December 2019 12:10 Written by

Hari ini merupakan hari keempat misi bantuan pasca banjir Sukarelawan Universiti Malaysia Kelantan dengan Kerjasama Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Yayasan Sukarelawan Malaysia (YSS) dan Pelbagai agensi lain serta penduduk sekitar daerah jeli.

Hari ini misi sukarelawan tertumpu kepada pembersihan di SMK Ayer Lanas dan rumah penduduk sekitar.

Manakala sebahagian lagi membersih di Kg. Layat, Jeli lama bersama YSS.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir ini. Semoga usaha murni ini diberkati Allah S.W.T dan diberikakan manfaat diakhirat nanti.

Kita #BinaLegasiUMK Bersama
#WeAreUMKFamily
#OneUMKOneDream
#lovehappinessmutualrespect
#UMK4Society

UMK MILIKI KEMAMPUAN HASILKAN TENAGA KERJA MAHIR, KREATIF DAN BERINOVASI

Thursday, 12 October 2017 09:01 Written by

KonvoKe7Day3

KOTA BHARU 11 Oktober – GRADUAN Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu bersedia secara lebih mandiri dalam meneroka pasaran dan menerajui dunia pekerjaan menerusi pelbagai aspek untuk mendepani cabaran merebut peluang dalam bidang pekerjaan di masa hadapan.

KonvoKe7Day34Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed berkata, bukan hanya sekadar ijazah di atas kertas atau kualiti akademik sahaja namun aspek kemahiran insaniah yang menjadi ukuran utama seperti keupayaan berkomunikasi, karektor yang ekstrinsif, atitud dan juga personaliti yang baik.

Katanya, kehidupan manusia akan berubah yang akan menyebabkan bidang pekerjaan lazimnya akan hilang dan pekerjaan baharu akan muncul dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang tersebut.

“Tenaga buruh akan di ganti dengan robot dan automasi manakala pentadbiran, pengurusan dan perundangan akan di ambil alih oleh Artificial Intelligence (AI) serta industri, bisnes dan enterpris akan dipandu oleh Big Data.

“Oleh itu adalah amat penting bagi UMK mempersiap siagakan graduan untuk melangkah ke zaman baharu ini,” katanya pada majlis Istiadat Konvokesyen Ketujuh di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 11 Oktober 2017.

Majlis diteruskan dengan sidang ke kelima Istiadat Konvokesyen bagi penyampaian Ijazah Sarjana Muda kepada 783 graduan yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mortaza.

Daripada jumlah tersebut, seramai 265 graduan terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

KonvoKe7Day32Sidang ke Keenam Istiadat Konvokesyen bermula pada jam 11 pagi adalah bagi penyampaian ijazah kepada 260 graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

Manakala sidang ketujuh Istiadat Konvokesyen bermula jam 3 petang bagi majlis penyampaian ijazah kepada 229 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, realiti hari ini menyaksikan kita terus berdepan pelbagai cabaran yang semakin kompleks.

“Revolusi Industri Keempat atau Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) memperlihatkan perkembangan dan pengaruh teknologi begitu pesat dalam mencorak kehidupan pada masa kini dan akan datang.

“Kehidupan dalam era Revolusi Industri 4.0 akan berubah yang menyaksikan ledakan pekerjaan baharu akan muncul dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata bidang pekerjaan berkaitan dengan industri kreatif juga mencatatkan permintaan yang tinggi, sebagai contoh Graphic and Multimedia Designers menduduki tempat ke 24 daripada 48 pekerjaan yang diperlukan dalam pasaran seperti yang disenaraikan menerusi Critical Occupations List (COL) 2016/2017.

Katanya, bagi menjayakan hasrat ini, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan telah menubuhkan Creative Accelerator Centre (CAC) sebagai inkubator bagi melahirkan lebih ramai usahawan kreatif dalam kalangan graduan UMK.

KonvoKe7Day35

Page 2 of 2
ankara escort maltepe escortantalya escort