PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK HIDAP KANSER LIMFOMA MENINGGAL DUNIA KEHILANGAN KEPADA UMK

PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK HIDAP KANSER LIMFOMA MENINGGAL DUNIA KEHILANGAN KEPADA UMK

 
SUNGAI PETANI 31 Disember I Pelajar Tahun Dua, Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina Dengan Kepujian, Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE), Allahyarham Muhammad Zulhusni Abdur Wahab, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah, pada jam 10.00 pagi, pada 31 Disember 2019.
 
Allahyarham Muhammad Zulhusni yang menghidap penyakit Kanser Limfoma tahap empat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, kira-kira jam 5.00 petang.
Suasana sedih dan hiba mengiringi majlis pengebumian yang dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan kenalan yang hadir. Allahyarham adalah anak tunggal kepada, En. Abdur Wahab Abdul Rahman, 50, dan Puan Fadzillah Shariff, 53.
 
Menurut Pn. Fadzillah, Allahyarham dirujuk di HSAH selepas mengalami demam dan batuk ketika pulang bercuti dari UMK sempena Minggu Ulangkaji, baru-baru ini. 
 
Katanya, arwah mengadu tidak sihat sejak awal November lalu dan keadaannya bertambah serius selepas demam dan batuk serta mengalami muntah darah akibat kesan kanser yang dialaminya 
"Sebelum ini, beberapa kali arwah ada menyebut untuk menghabiskan pengajiannya untuk sesi semester tahun ini  walaupun terpaksa menahan kesakitan yang dialami. Arwah juga menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian lebih tinggi di peringkat Ijazah Sarjana kerana arwah bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek,” katanya.
Pn. Fadzillah yang masih hiba dengan pemergian Muhammad Zulhusni redha dengan ketentuan Illahi walaupun arwah adalah satu-satunya anak tunggal yang menjadi harapan selama ini. Namun, beliau tabah dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya selain memberi sokongan moral dan sumbangan wang ringgit.
Katanya, Allahyarham adalah seorang yang rajin dan bergiat aktif di dalam kelab dan persatuan Ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK.
Sementara itu, pihak pengurusan FAE yang diwakili oleh Dekannya,  Dr. Shardy Abdullah turut menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Zulhusni serta menyampaikan sedikit sumbangan dari FAE.
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
000
Read 1888 times Last modified on Sunday, 05 January 2020 12:21
Rate this item
(0 votes)

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

ankara escort maltepe escortantalya escort