Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Malaysia Kelantan merupakan salah satu jabatan yang terpenting dalam pentadbiran Universiti dan diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar ialah bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan, kebajikan, pembangunan dan sahsiah pelajar serta berusaha mewujudkan suasana kondusif dan selesa bagi pembelajaran dan kehidupan kampus.

Jabatan ini terlibat secara langsung dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman/biasiswa, kebajikan, kesihatan, pertubuhan kelab dan persatuan pelajar, tatatertib pelajar, kewangan, sukan dan rekreasi, kebudayaan, penginapan pelajar serta pembangunan pelajar. Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab ini, beberapa bahagian/unit telah ditubuhkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang beroperasi untuk mengurus dan mengendalikan pelbagai program secara berterusan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Bahagian/unit tersebut adalah seperti berikut :

  1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar
    • Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan
    • Unit  Pembangunan dan Keusahawanan Pelajar
    • Unit Tatatertib dan Kebajikan Pelajar
    • Unit Perumahan Pelajar
  2. Pusat & Ko-Kurikulum
    • Unit Sukan
    • Unit Ko-Kurikulum
    • Unit Kebudayaan
  3. Unit kaunseling, Kerjaya dan Alumni
  4. Pusat Kesihatan Universiti
  5. Unit Islam dan Pembangunan Nilai

                                    

 

 

                                                    

Thursday the 17th - Custom text here. Powered by 888 poker bonus code